Proses pemarkahan untuk kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2012 telah
selesai lebih
seminggu yang lalu. Proses
semakan, ‘key-in’ markah
dan membungkus
semula semuanya selesai. Ringkasnya kerja-kerja rutin dan tanggungjawab pemeriksa
sudah ‘tutup kedai’ atau ‘basuh tangan’.
Pemeriksaan atau ‘
marking’
kertas BM ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Agaknya kalau dibandingkan dengan
kertas jawapan mata pelajaran lain, kertas ini agak rumit. Sebabnya ialah, pemeriksa
'bermain' dengan bahasa, kata-kata, tulisan, tanda baca dan ejaan, ayat-ayat sehinggalah kepada wacana. Bukan angka-angka atau fakta seperti Sains dan Matematik. Pemeriksa
perlu teliti, setiap ayat mesti dibaca dan setiap kesalahan perlu ditanda
mengikut peraturan. Aras pencapaian sama ada cemerlang, kepujian, baik,
memuaskan, tidak memuaskan dan sebagainya perlu dinyatakan. Bagi jawapan yang
memenuhi kriteria atau tugasan serta memenuhi skema yang ditetapkan, maka calon
itu layaklah diberi aras cemerlang.
Bagi pemeriksa,
pemberian markah perlu adil, sesuai dengan hasil kerja calon ketika menjawab.
Ada calon
amat lemah bahasanya dan
langsung tidak menjawab tugasan, iaitu tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
Jika demikian, tahap
‘tidak memuaskan’
diberi. Itupun pemeriksa perlu melihat
sama ada layak
Selain soalan bahagian A, soalan bahagian B BM kertas
1 benar-benar menguji keupayaan calon
menjawab tugasan. Aspek tatabahasa pasti diambil kira walaupun tidak diberi
keutamaan. Hal ini demikian kerana,
mengikut format terkini, jika calon menjawab dengan bahasa yang baik, gramatis,
kosa kata luas dan jelas beserta dengan contoh atau ungkapan menarik, tetapi tidak menjawab tugasan, idea tidak
relevan, maka karangan itu tidak layak juga diberi cemerlang. Banyak calon
menjawab dengan agak baik. Isinya mencukupi, gaya bahasanya lancar dan hanya
terdapat kesalahan kecil bahasa sahaja,
tetapi
huraian tidak jelas.
Apatah lagi karangannya tidak mencukupi jumlah perkataan yang sepatutnya. Oleh
itu
'impression' pemeriksa jadi ‘turun’ dan pelajar pastinya tidak akan mendapat markah yang diharapkan.
Karangan cemerlang ialah karangan yang mendapat markah
80 -100. Ciri-ciri karangan cemerlang antara lain ialah mempunyai kosa kata
yang luas dan matang serta ungkapan menarik. Calon-calon nampaknya berusaha
memasukkan sebanyak mungkin kosa kata yang dianggap luas itu walaupun
tidak mencapai makna yang betul mengikut
konteks ayat. Penggunaan peribahasa juga ada kalanya tidak menepati maksud
ayat. Sekali imbas, perkataan-perkataan tersebut kadang-kadang sedap dibaca tetapi
mempunyai maksud yang tidak tepat dan juga maksud yang
berulang. Sebagai contoh seorang calon
menulis:
Rentetan itu, belum
berkilat sudah berkilau membuktikan bahawa kurang pendidikan tentang kebersihan
kawasan sekitar merupakan wahana
masyarakat mengabaikan kebersihan ini.
Maksud
wahana
sebenarnya ialah alat. Penggunaaan perkataan
wahana dalam ayat di atas jelas tidak tepat. Untuk menjadikan ayat
tersebut gramatis dan kosa kata yang
tepat, calon perlu menulis sebagaimana contoh berikut:
Rentetan itu, sebagaimana
peribahasa, belum berkilat sudah berkilau, terbukti bahawa kurangnya
pendidikan tentang penjagaan kebersihan kawasan sekitar merupakan punca masyarakat mengabaikan aspek
kebersihan ini.
Dari segi idea, ada calon tidak dapat membezakan dengan
jelas
tentang “pencemaran
alam sekitar’ dengan ‘menjaga kebersihan’. Ada
kalanya huraiannya bercampur aduk antara kedua-duanya atau dihuraikan
bersandarkan
kepada punca
pencemaran alam sekitar sedangkan soalan
memerlukan peranan pihak tertentu dalam menjaga kebersihan.
Dalam konteks yang lain, kosa kata luas tidak bermakna
menggunakan kata pinjaman seperti perkataan Inggeris. Jika benar-benar faham
maknanya tiada masalah,
tetapi jika
tidak pasti lebih baik elakan daripada menggunakannya malahan berkemungkinan
tersilap eja. Contohnya, calon menulis kata
berikut:
Di samping itu, sikap
masyarakat yang terlalu atruisme
turut menyebabkan kebersihan kawasan sekitar menjadi terabai.
Sebenarnya perkataan yang
sesuai dalam ayat ini ialah
individualistik, iaitu sikap mementingkan diri sendiri.
Ringkasnya, untuk mendapatkan tahap cemerlang dalam
sesebuah karangan di peringkat SPM, pelajar-pelajar bukan sahaja perlu banyak
membaca tetapi juga perlu rajin merujuk kamus bagi memantapkan pengetahuan kosa
katanya. Latihan menulis yang kerap dapat melatih diri dalam memahami kehendak
soalan di samping memperoleh kemahiran menggunakan bahasa yang lancar dan ayat
yang betul tatabahasanya. Aspek lain yang perlu diambil berat ialah tulisan,
tanda baca, format, pemerengganan, laras bahasa
dan gaya bahasa. Mudahan-mudahan pelajar-pelajar
dapat memperbaiki kelemahan
yang ada. Selamat belajar.