Nampaknya isu berkaitan dengan guru mendenda murid menjadi hangat. Kejadian seorang guru mendenda dua pelajar makan rumput di Perak mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak. Khabarnya, guru berkenaan diarahkan bertukar ke sekolah lain. Peristiwa itu telah berlaku dan diharap akan berlalu dengan mengambil pengajaran atau ikhtibar termasuk dari kalangan guru sendiri.
Apa yang hendak dipersoalkan ialah laporan-laaporan akhbar yang menggambarkan kejadian mendenda murid seperti itu sebagai satu kesalahan yang amat buruk, teruk dan memalukan. Benarkah murid-murid tersebut telah diikat leher mereka dengan loceng dan disuruh makan rumput macam lembu?. Apakah dengan tidak melakukan kerja sekolah murid tahun empat itu didenda begitu rupa?. Kita mengetahui kejadian ini hanya melalui media , gambaran sebenar mungkin tidak sama seperti apa yang dilaporkan.
Amat malang sekali, ada pihak yang kurang puas hati dengan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang mengambil tindakan dengan menukarkan guru berkenaan ke sekolah lain. Mereka mahu tindakan yang lebih keras diambil termasuk memecat jawatan guru tersebut. Ada juga mencadangkan supaya guru ini ditukarkan lebih jauh seperti kesalahan jenayah berat.
Pihak NGO-NGO ini dilaporkan tidak bersetuju dengan hukuman yang telah diambil oleh jabatan yang bertanggungjawab. Berlandaskan situasi ini, tanpa menyebelahi mana-mana pihak atau berdasarkan perkauman, saya berpendapat bahawa guru berkenaan juga perlu mendapat pembelaan yang sepatutnya. Adakah pihak yang tidak bersetuju ini sedar bahawa tugas guru di sekolah amat berat dan sering kali menerima tekanan dari pihak pentadbir sekolah dan jabatan. Mungkin atas faktor ini, guru tersebut bertindak sedemikian. Guru ini mungkin mengalami masalah kecelaruan emosi sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dalam masa yang sama juga , guru ini mungkin ingin melihat sesuatu hasil yang baik atau keberhasilan yang tinggi dalam pengajarannya walaupun jika dipandang sepintas lalu tindakannya sebagai tidak wajar dengan memperlakukan muridnya sedemikian rupa. Kesalahan pelajar yang dilakukan sebelum itu juga perlu diambil kira jika ada walaupun boleh dianggap sebagai bukan kesalahan disiplin.
Sehubungan dengan itu, kepada pihak-pihak yang terlalu 'exited' terhadap peristiwa ini khususnya NGO diharap dapat membuat justifikasi yang adil dan tidak mengikut emosi keterlaluan. Hal ini kerana dunia pendidikan sekarang amat mencabar dengan bebanan tugas guru yang bertimbun-timbun. Tanyalah kepada mereka yang berada dalam dunia pendidikan ini termasuklah dari pegawai -pegawai di Jabatan Pelajaran sendiri apakah peranan guru. Janganlah kerana marahkan nyamuk seekor, kelabu dibakar.
Jika hendak melihat keseriusan kesalahan mendenda murid sedemikian rupa, cubalah lihat juga apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada guru-guru yang mencabul murid, guru yang mencederakan murid termasuk yang menyebabkan kematian. Di manakah marwah seorang Guru Besar yang melakukan pecah amanah dengan menyalahguna kuasa dan melibatkan wang kerajaan beribu-beribu ringgit seperti mana yang berlaku sebelum ini?. Apakah reaksi NGO ?
Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berkepentingan perlu melihat isu ini secara komprehensif supaya tidak berlaku penganiayaan hanya melibatkan satu dua kesalahan atau kes. Bukan atas dasar sentimen perkauman seperti PERKASA. Lagipun, guru ini masih muda, dan sebagai orang muda tentu tidak banyak pengalaman. Guru ini mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai objektif pengajarannya berbanding guru yang sengaja tidak ambil peduli tentang kemajuan pembelajaran. Beliau perlu diberi bimbingan yang sesuai. Kita perlu sedar bahawa kerjaya guru bukan suatu kerjaya yang mudah. Sebagai analoginya, jika seseorang doktor tersilap melakukan pembedahan, mungkin akan melibatkan kematian pesakit, inikan pula kesilapan seorang guru demi kemajuan murid-muridnya.
Visitor
Khamis, 30 Januari 2014
Isnin, 13 Januari 2014
Khamis, 2 Januari 2014
Sabtu, 16 November 2013
Nasib Tulisan Jawi: Adakah Sudah Sampai Ke Penghujung ?
Sebenarnya saya telah berfikir banyak kali untuk menulis tentang tulisan Jawi. Isu ini timbul tenggelam dan sekarang apabila terbaca tulisan Kunta Kunte dalam Berita Harian ( BH ) mengenai tulisan jawi terasa juga hendak meluahkan pendapat. Saya bukan pakar dan bukan aktivis tulisan Jawi walaupun sejak di bangku sekolah saya amat meminati tulisan Jawi. Saya sekarang boleh menulis dan membaca tulisan Jawi walaupun saya tidak bersekolah Arab.
Persoalannya ialah, mengapakah orang Melayu sudah tidak mempedulikan tulisan Jawi? Sudah sekian lama dan peibagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan penggunaan tulisan Jawi namun tidak ada perkembaangan malah semakin malap. Sudah banyak diperkatakan orang dalam media sosial atau media massa. Bagi pandangan saya, kita jangan menyalahkan pemimpin sahaja sebab pemimpin memang ramai yang pandai berkokok tapi tidak semua apa yang dijanjikan atau diperjuangkan terhasil.
Memang benar tulisan Jawi adalah tulisan orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu lagi, kata orang, sejak Tok Nadur berkajang kain. Berbeza dengan bahasa lain, bahasa Melayu mempunyai dua bentuk tulisan iaitu tulisan Rumi dan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang diambil daripada aksara Arab dan ditambah dengan beberapa aksara lagi bagi disesuaikan dengan sebutan Melayu. Semasa kedatangan Islam, tulisan Jawi begitu gah dan dijadikan wahana komunikasi di Nusantara. Kemudian diikuti dengan akhbar dan majalah yang menggunakan tulisan Jawi. Semasa saya berumur lima tahun saya sempat melihat sebuah majalah bertulisan Jawi. Waktu itu saya masih ingat saya belum tahu membaca. Mengikut sejarah, akhbar seperti 'Warta Malaya' dan majalah-majalah hiburan bertulisan Jawi. Bahkan beberapa dekad sebelum itu karya-karya sastera yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh agama bertulisan Jawi termasuklah karya Munsyi Abdullah yang dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan melayu Moden.
Ketika kedatangan British, Bahasa Melayu mula diajarkan di sekokah-sekoah dengan menggunakan aksara dan nombor roman . Kemudian, perkembangan dalam bidang percetakan khususnya selepas pasca kemerdekaan, telah menyebabkan lebih banyak bahan bacaan dicetak dalam tulisan Rumi. Ada pendapat menyatakan bahawa, menulis atau mengeja dengan tulisan Rumi lebih mudah berbanding menulis dengan tulisan Jawi. Anggapan ini sama ada benar atau tidak terserah kepada individu.
Kini zaman telah berubah, perkembangan komunikasi elektronik berkembang pesat. Semua orang mengakui bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan bahasa Melayu juga turut berkembang dengan tulisan roman (Rumi) . Kebiasaannya, tulisan Jawi hanya digunakan ketika menulis hal-hal berkaitan keagamaan atau oleh pelajar sekolah agama sahaja. Lebih menyedihkan pelajar yang belajar agama pun menulis nota atau menjawab soalan Pendidikan Islam dengan tulisan Rumi. Tidak banyak yang 'berani' menulis Jawi. Namun demikian, dalam kertas jawapan peperiksaan Bahasa Melayu SPM, saya pernah menemukan beberapa orang calon yang menjawab karangan dalam tulisan Jawi tetapi ejaannya amat teruk dan tidak konsisten. Mereka ini mungkin calon persendirian dari kalangan guru agama yang boleh dikenali melalui kad pengenalan mereka.
Rentetan itu, melalui pemerhatian, guru-guru agama pun membaca akhbar arus perdana yang bertulis Rumi ini. Bukan alasan tiada akhbar bertulisan Jawi. Sebelum Utusan Melayu menghadkan keluaran sekali seminggu kemudian dijadikan sisipan dalam Utusan Malaysia pun guru aliran agama ini lebih suka membaca Berita Harian atau Utusan Malaysia. Sekarang ini, bahagian sisipan yang bertulisan Jawi ini langsung tidak disentuh dan seolah-olah layak dijadikan alat untuk menyapu habuk sebelum disumbat dalam tong sampah.
Fenomena yang saya perkatakan di atas ialah antara sebab mengapa tulisan Jawi semakin ditinggalkan. Faktor ini merupakan faktor dominan dan mudah untuk mencari petunjuk mengenai nasib tulisan Jawi yang selalu diperkatakan. Bagi saya, fakta yang lain ialah nasib tulisan Jawi hanya mampu bertahan dengan menumpang bahasa Arab apabila menulis Jawi. Selain aksara Arab itu kita bolehlah berbangga dengan menambah enam lagi huruf termasuk "ga" daripada "kaf" dibubuh satu titik, "pa" daripada 'fa" tambah dua titik, "nga" daripada 'ain" ditambah tiga titik, "va" daripada "wau" ditambah satu titik di atas (untuk mengeja televisyen) menjadi tulisan Jawi kita sendiri !.
Nampaknya usaha Pak Matlob dalam memperjuangkan dan memartabatkan nasib tulisan Jawi tidak menampakkan hasil. Begitu juga peranan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menjadi badan berautoriti dalam perkembangan bahasa Melayu masih tidak mampu mempertahankan dan memperkembangkan bahasa Melayu bertulisan Jawi. Punca yang jelas hanya satu iaitu perkembangan teknologi maklumat yang memerlukan kaedah berkomunikasi yang pantas mengakibatkan tulisan Rumi menjadi pilihan. Bagaimana hendak mengeja John, Joseph, variasi, konotasi dan kata pinjaman lain ke tulisan Jawi. Hal ini belum termasuk mengeja perkataan Melayu yang biasa digunakan yang sentiasa berubah dan mengelirukan . Adakah mengeja 'saya' sebagai 'sin, alif, ya' atau 'sin, 'alif'. ya, 'alif'?. Bagaimana untuk mengeja puasa, atau puas?. Perkataan 'tonton' ,'tuntun' , 'liwat' dan 'lewat' yang ejaan Jawinya adalah sama sahaja tetapi mempunyai sebutan dan makna yang berbeza jika ditulis dalam ejaan Rumi. Begitu juga dalam ejaan Rumi perbezaan makna dapat dikesan dengan mudah walaupun ada juga perkataan yang ejaannya sama tetapi mempunyai makna berbeza (homonim). Semuanya ini menimbulkan kekeliruan kepada pengguna dan tulisan Jawi memerlukan satu kaedah ejaan yang lebih mantap dan konsisten.
Oleh yang demikian bagi meneruskan kesinambungan tulisan Jawi, kita dapati bahawa pihak berkuasa hanya mampu menggunakannya sebagai penghias papan tanda (signboard) dan mengadakan pertandingan menulis seni khat saban tahun. Bahkan banyak papan tanda yang bertulisan Jawi menggunakan ejaan yang salah. Selain itu seni huruf Jawinya (khat) tidak dititikberatkan dan kadang-kadang nampak macam tulisan Jepun !.
Akhir kata, kita tidak perlu bertegang leher semata-mata untuk mempertahankan satu bentuk tulisan yang bukan milik asal kita. Bangsa Melayu ialah bangsa yang menerima pengaruh dari pelbagai bentuk dari luar baik dari segi agama, budaya dan tulisan juga. Hal ini sudah terbukti dalam sejarah.
Persoalannya ialah, mengapakah orang Melayu sudah tidak mempedulikan tulisan Jawi? Sudah sekian lama dan peibagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan penggunaan tulisan Jawi namun tidak ada perkembaangan malah semakin malap. Sudah banyak diperkatakan orang dalam media sosial atau media massa. Bagi pandangan saya, kita jangan menyalahkan pemimpin sahaja sebab pemimpin memang ramai yang pandai berkokok tapi tidak semua apa yang dijanjikan atau diperjuangkan terhasil.Ketika kedatangan British, Bahasa Melayu mula diajarkan di sekokah-sekoah dengan menggunakan aksara dan nombor roman . Kemudian, perkembangan dalam bidang percetakan khususnya selepas pasca kemerdekaan, telah menyebabkan lebih banyak bahan bacaan dicetak dalam tulisan Rumi. Ada pendapat menyatakan bahawa, menulis atau mengeja dengan tulisan Rumi lebih mudah berbanding menulis dengan tulisan Jawi. Anggapan ini sama ada benar atau tidak terserah kepada individu.
Kini zaman telah berubah, perkembangan komunikasi elektronik berkembang pesat. Semua orang mengakui bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan bahasa Melayu juga turut berkembang dengan tulisan roman (Rumi) . Kebiasaannya, tulisan Jawi hanya digunakan ketika menulis hal-hal berkaitan keagamaan atau oleh pelajar sekolah agama sahaja. Lebih menyedihkan pelajar yang belajar agama pun menulis nota atau menjawab soalan Pendidikan Islam dengan tulisan Rumi. Tidak banyak yang 'berani' menulis Jawi. Namun demikian, dalam kertas jawapan peperiksaan Bahasa Melayu SPM, saya pernah menemukan beberapa orang calon yang menjawab karangan dalam tulisan Jawi tetapi ejaannya amat teruk dan tidak konsisten. Mereka ini mungkin calon persendirian dari kalangan guru agama yang boleh dikenali melalui kad pengenalan mereka.
Rentetan itu, melalui pemerhatian, guru-guru agama pun membaca akhbar arus perdana yang bertulis Rumi ini. Bukan alasan tiada akhbar bertulisan Jawi. Sebelum Utusan Melayu menghadkan keluaran sekali seminggu kemudian dijadikan sisipan dalam Utusan Malaysia pun guru aliran agama ini lebih suka membaca Berita Harian atau Utusan Malaysia. Sekarang ini, bahagian sisipan yang bertulisan Jawi ini langsung tidak disentuh dan seolah-olah layak dijadikan alat untuk menyapu habuk sebelum disumbat dalam tong sampah.Fenomena yang saya perkatakan di atas ialah antara sebab mengapa tulisan Jawi semakin ditinggalkan. Faktor ini merupakan faktor dominan dan mudah untuk mencari petunjuk mengenai nasib tulisan Jawi yang selalu diperkatakan. Bagi saya, fakta yang lain ialah nasib tulisan Jawi hanya mampu bertahan dengan menumpang bahasa Arab apabila menulis Jawi. Selain aksara Arab itu kita bolehlah berbangga dengan menambah enam lagi huruf termasuk "ga" daripada "kaf" dibubuh satu titik, "pa" daripada 'fa" tambah dua titik, "nga" daripada 'ain" ditambah tiga titik, "va" daripada "wau" ditambah satu titik di atas (untuk mengeja televisyen) menjadi tulisan Jawi kita sendiri !.
Nampaknya usaha Pak Matlob dalam memperjuangkan dan memartabatkan nasib tulisan Jawi tidak menampakkan hasil. Begitu juga peranan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menjadi badan berautoriti dalam perkembangan bahasa Melayu masih tidak mampu mempertahankan dan memperkembangkan bahasa Melayu bertulisan Jawi. Punca yang jelas hanya satu iaitu perkembangan teknologi maklumat yang memerlukan kaedah berkomunikasi yang pantas mengakibatkan tulisan Rumi menjadi pilihan. Bagaimana hendak mengeja John, Joseph, variasi, konotasi dan kata pinjaman lain ke tulisan Jawi. Hal ini belum termasuk mengeja perkataan Melayu yang biasa digunakan yang sentiasa berubah dan mengelirukan . Adakah mengeja 'saya' sebagai 'sin, alif, ya' atau 'sin, 'alif'. ya, 'alif'?. Bagaimana untuk mengeja puasa, atau puas?. Perkataan 'tonton' ,'tuntun' , 'liwat' dan 'lewat' yang ejaan Jawinya adalah sama sahaja tetapi mempunyai sebutan dan makna yang berbeza jika ditulis dalam ejaan Rumi. Begitu juga dalam ejaan Rumi perbezaan makna dapat dikesan dengan mudah walaupun ada juga perkataan yang ejaannya sama tetapi mempunyai makna berbeza (homonim). Semuanya ini menimbulkan kekeliruan kepada pengguna dan tulisan Jawi memerlukan satu kaedah ejaan yang lebih mantap dan konsisten.
Oleh yang demikian bagi meneruskan kesinambungan tulisan Jawi, kita dapati bahawa pihak berkuasa hanya mampu menggunakannya sebagai penghias papan tanda (signboard) dan mengadakan pertandingan menulis seni khat saban tahun. Bahkan banyak papan tanda yang bertulisan Jawi menggunakan ejaan yang salah. Selain itu seni huruf Jawinya (khat) tidak dititikberatkan dan kadang-kadang nampak macam tulisan Jepun !.
Akhir kata, kita tidak perlu bertegang leher semata-mata untuk mempertahankan satu bentuk tulisan yang bukan milik asal kita. Bangsa Melayu ialah bangsa yang menerima pengaruh dari pelbagai bentuk dari luar baik dari segi agama, budaya dan tulisan juga. Hal ini sudah terbukti dalam sejarah.
Rabu, 16 Oktober 2013
Kisah Beruk Mamat dengan Mamat Beruk
Masa zaman kanak-kanak dulu, saya selalu melihat orang memetik kelapa dengan beruk. Seorang penduduk kampung bernama Mamat mempunyai seekor beruk. Kerjanya mengambil upah memetik buah nyior dengan beruk. Buah nyior ialah nama yang selalu digunakan oleh penduduk kampung khususnya di Terengganu dan Kelantan. Beruknya sangat cekap memetik buah nyior. Bagi masyarakat kampung khususnya di Pantai Timur, kelapa ialah kegunaan harian. Bagi pemilik beruk ini, dia akan dibayar upah dengan kelapa juga atau dibayar wang tunai atas sekali perkhidmatan bergantung pada jumlah kelapa yang dipetik. Sekarang ini pun kita masih boleh melihat beruk memetik kelapa.
Pekerjaan memetik kelapa amat mulia. Bukan sahaja dapat menampung hidup bahkan dapat menjimatkan masa, tenaga dan mungkin nyawa kerana memetik kelapa dengan memanjat sangat bahaya apatah lagi pokok yang tinggi melangit.
Kisah berikutnya ialah, apabila selesai tugasnya, Mamat pulang dengan bergaya. Dia meletakkan beruk kesayangannya di atas basikal tuanya. Beruknya diam tidak meronta kerana dia sangat terlatih dan biasa dengan kerjayanya. Setiap kali dia melintasi kampung, beruk yang selalu diletakkan di hadapannya sentiasa menarik perhatian.
Suatu hari ada orang kampung bertanya,
"Beruk siapa itu?'.
"Beruk Mamat", jawab salah seorang daripada mereka.
"Kenapa beruk Mamat?" tanya salah seorang yang berpura-pura jadi bengong.(bengong= bodoh, tidak tahu apa-apa -bahasa Indonesia)
"Sebab dia letak beruknya di hadapan. Beruk Mamatlah..."
Masa itu saya baru mula untuk belajar bahasa. Terfikir juga di fikiran saya bahawa masyarakat Melayu zaman dahulu pun peka dengan bahasa. Mereka sensitif tentang hukum bahasa. Hal ini bermakna, perkataan kata nama yang menjadi subjek disebut dahulu. Kalau Mamat Beruk memang kena dengan struktur frasa nama dan selalu disebut orang, misalnya, "rumah Mamat", "kereta Mamat"," anak Mamat" dan seterusnya yang menunjukkan bahawa beruk, rumah, kereta, dan anak adalah kepunyaan atau milik Mamat (belongs to Mamat). Frasa ini tidak sama jika dibandingkan dengan frasa bahasa Inggeris, Mamat's monkey, Mamat's house, Mamat's car dan seterusnya yang subjek (pembenda) disebut dahulu. Setelah berfikir beratus kali saya yakin dengan konsep itu.
Tidak lama selepas itu, saya terdengar berita Mamat yang membawa beruk di atas basikalnya menjadi heboh. Sebabnya ialah pada suatu hari ,orang kampung itu tiba-tiba kecoh.
Ada yang berteriak, " Mamat beruk, Mamat beruk! ". Saya jadi hairan dan keliru. Saya bertanya kepada salah seorang penduduk kampung. Dia memberitahu berlaku satu peristiwa pada hari Mamat meletakkan beruknya di belakang basikal ketika menuju ke tempat kerja. Beruknya meronta-ronta menyebabkan Mamat terjatuh kerana terkejut. Kata orang, terkejut beruk. Nasib baik ramai datang membantu kalau tidak kepala Mamat akan dipulas macam buah kelapa . Beruk Mamat memang bengkeng (bengkeng= garang, bengis)
Akhir cerita, saya sempat bertanya kepada orang yang mula-mula saya berjumpa dahulu untuk bertanya tentang kisah beruk ini.
"Kenapa dulu Beruk Mamat , sekarang Mamat beruk?"
"Sebab dia letak beruknya di belakang!. Bukankah bodoh tindakannya. Perangainya pun macam beruk"
"Oo.. jadi Mamat beruklah?"
Saya berpura-pura bertanya untuk mendapat kepastian. Frasa "Mamat beruk" dengan "Beruk Mamat" boleh bertukar ganti. Dari segi frasanya betul cuma maknya akan berubah. Yang pasti kita perlu sedar bahawa fungsi bahasa itu amat luas, bukan sahaja aspek morfologi dan yang lain lagi, malah aspek semantiknya juga.
Pekerjaan memetik kelapa amat mulia. Bukan sahaja dapat menampung hidup bahkan dapat menjimatkan masa, tenaga dan mungkin nyawa kerana memetik kelapa dengan memanjat sangat bahaya apatah lagi pokok yang tinggi melangit.
Kisah berikutnya ialah, apabila selesai tugasnya, Mamat pulang dengan bergaya. Dia meletakkan beruk kesayangannya di atas basikal tuanya. Beruknya diam tidak meronta kerana dia sangat terlatih dan biasa dengan kerjayanya. Setiap kali dia melintasi kampung, beruk yang selalu diletakkan di hadapannya sentiasa menarik perhatian.
Suatu hari ada orang kampung bertanya,
"Beruk siapa itu?'.
"Beruk Mamat", jawab salah seorang daripada mereka.
"Kenapa beruk Mamat?" tanya salah seorang yang berpura-pura jadi bengong.(bengong= bodoh, tidak tahu apa-apa -bahasa Indonesia)
"Sebab dia letak beruknya di hadapan. Beruk Mamatlah..."
Masa itu saya baru mula untuk belajar bahasa. Terfikir juga di fikiran saya bahawa masyarakat Melayu zaman dahulu pun peka dengan bahasa. Mereka sensitif tentang hukum bahasa. Hal ini bermakna, perkataan kata nama yang menjadi subjek disebut dahulu. Kalau Mamat Beruk memang kena dengan struktur frasa nama dan selalu disebut orang, misalnya, "rumah Mamat", "kereta Mamat"," anak Mamat" dan seterusnya yang menunjukkan bahawa beruk, rumah, kereta, dan anak adalah kepunyaan atau milik Mamat (belongs to Mamat). Frasa ini tidak sama jika dibandingkan dengan frasa bahasa Inggeris, Mamat's monkey, Mamat's house, Mamat's car dan seterusnya yang subjek (pembenda) disebut dahulu. Setelah berfikir beratus kali saya yakin dengan konsep itu.
Tidak lama selepas itu, saya terdengar berita Mamat yang membawa beruk di atas basikalnya menjadi heboh. Sebabnya ialah pada suatu hari ,orang kampung itu tiba-tiba kecoh.
Ada yang berteriak, " Mamat beruk, Mamat beruk! ". Saya jadi hairan dan keliru. Saya bertanya kepada salah seorang penduduk kampung. Dia memberitahu berlaku satu peristiwa pada hari Mamat meletakkan beruknya di belakang basikal ketika menuju ke tempat kerja. Beruknya meronta-ronta menyebabkan Mamat terjatuh kerana terkejut. Kata orang, terkejut beruk. Nasib baik ramai datang membantu kalau tidak kepala Mamat akan dipulas macam buah kelapa . Beruk Mamat memang bengkeng (bengkeng= garang, bengis)Akhir cerita, saya sempat bertanya kepada orang yang mula-mula saya berjumpa dahulu untuk bertanya tentang kisah beruk ini.
"Kenapa dulu Beruk Mamat , sekarang Mamat beruk?"
"Sebab dia letak beruknya di belakang!. Bukankah bodoh tindakannya. Perangainya pun macam beruk"
"Oo.. jadi Mamat beruklah?"
Saya berpura-pura bertanya untuk mendapat kepastian. Frasa "Mamat beruk" dengan "Beruk Mamat" boleh bertukar ganti. Dari segi frasanya betul cuma maknya akan berubah. Yang pasti kita perlu sedar bahawa fungsi bahasa itu amat luas, bukan sahaja aspek morfologi dan yang lain lagi, malah aspek semantiknya juga.
Langgan:
Catatan (Atom)




