Visitor
Rabu, 1 Mei 2013
Isnin, 11 Mac 2013
Apa Ada Pada Janji?
Sejak akhir-akhir ini kita didendangkan dengan
perkataan ‘janji’. Kalau berjanji, perlulah ditepati. Kalau tidak menepati
janji, bermakna berbohong, penipu atau sebagainya. Seorang pemuda berjanji akan
mengahwini kekasihnya. Apa akan jadi,
jika kekasihnya tidak dapat menunaikan janjinya kerana sesuatu sebab yang tidak
dapat dielakkan. Adakah perempuan itu bersabar menerima kenyataan, terus
memutuskan hubungan, atau membuat laporan polis?
Dalam politik,menabur
janji amat popular. Janji boleh menjadi
alat untuk banyak perkara yang hanya boleh diterjemahkan oleh orang politik
sahaja. Ada golongan ibu tunggal menagih janji. Ada satu golongan lagi yang
menuntut janji kerana ada pihak yang gagal membekalkan air percuma dan membayar
yuran Tadika anak mereka seperti yang diharapkan hingga kecoh satu kampung,
satu negeri, satu negara. Mereka marah, bertempik malah ada menangis meratap
dan kecewa. Mereka mendakwa itu hak mereka, berdemontrasi sana sini dan masuk
televisyen. Tak malunya orang kita menagih wang semata-mata janji yang
diharapkan kerana janji yang tidak ditepati. Yang bertempik itu ramai orang
Melayu. Yang menonton itu orang bukan Melayu. Orang China dan India yang berjaya
itu asalnya adalah daripada mereka yang dahulunya sanggup bekerja siang malam di bengkel,di ladang
dan di lombong yang akhirnya mereka kaya
raya dan tidak perlu lagi meminta-minta. Harta mereka berjaya diwarisi oleh anak cucu mereka.
Perniagaan mereka kukuh tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.
Sampai bila orang
kita akan berkelakuan demikian? Tak dapat duit
RM 50.00 atau RM200 pun jadi bising hingar bagar. Jika diteliti, mereka ini
sebenarnya bukanlah golongan terlalu miskin macam di India atau di Somalia. Belum
ada orang Malaysia setakat ini yang mati kelaparan atau yang terpaksa tinggal di
bawah jambatan. Dalam kalangan mereka ini mungkin ada yang tidak mengharapkan
sangat tetapi dieksploitasi oleh mereka yang berkepentingan sehingga heboh satu
Malaysia. Mereka adalah golongan yang tidak layak menerima bantuan. Terima sahajalah hakikat dan berusahalah sendiri.
Ada sesetengan
pihak menganggap bahawa politik itu ‘kotor’.
Orang politik tentu tidak bersetuju kerana pandangan yang bercanggah dengan perjuangan
mereka. Memang ada ahli politik yang baik dan jelas perjuangannya. Ahli politik
ini berpegang atas dasar membela rakyat,
membantu rakyat dan sebagainya untuk rakyat. Tidak kurang juga ahli
politik yang mengambil peluang mengumpul kekayaan dengan menipu dan mencari
kesempatan daripada kebodohan rakyat. Buktinya, ada pemimpin politik kena cekup kerana membawa wang berjuta-juta ringgit ke luar negara. Pemimpin politk yang lain pula dapat membeli rumah untuk isterinya berjuta-juta ringgit dengan cara yang salah. Dia jadi kaya bukan kerana politik sahaja tetapi banyak pelihara 'toyol'.
Persoalananya adakah kerajaan pilihan rakyat tidak membela rakyatnya. Semua kerajaan
yang memerintah di dunia ini mempunyai tanggungjawab membantu rakyatnya dalam apa
keadaan saja sekalipun hingga ada kerajaan yang bangkrap semata-mata untuk menjadi
kerajaan populis. Kerajaan Greece pun pernah bangkrap. Kerajan Malaysia ada perkiraan sendiri, belum muflis.
Hakikatnya, kita
diajar dengan cara menyuapkan makanan ke mulut dari sejak dulu hingga sekarang.
Salah siapa? Kesannya ialah ada yang telah lalai dan leka akan tanggungjawab
membantu diri sendiri sebelum orang lain membantu mereka. Mereka sepatutnya
berikhtiar memajukan diri. Kita juga sedar bahawa golongan yang berjaya dengan
usaha sendiri memang ada dan telah keluar dari kemelut kemiskinan walaupun jumlahnya tidak banyak. Mungkin generasi muda sekarang
sudah menikmati hasil usaha kerajaan memberi pendidikan dan pelbagai kemudahan bagi
mengubah hidup mereka. Ini antara langkah yang telah dilakukan sejak dahulu tetapi kenapa ada
lagi golongan yang tidak sedar diri seolah-olah mereka perlu sentiasa dibantu
sampai bila-bila. Jika tidak dibantu lantas melawan arus jadi penentang
kerajaan. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa menyuap nasi ke mulut mereka supaya
mereka tidak terpekik melolong.
Akhirnya kerajaan
sudah dapat formula, iaitu kalau nak
terus berkuasa, rakyat yang suka meminta ini perlu disuap sampai bila-bila.
Hendak baiki rumah, kerajaan tolong, hendak bayar yuran anak, kerajaan tolong. Hendak
beli buku, kerajaan tolong. Pendek kata kerajaan kena tolong semua. Situasi ini
sama seperti zaman 60-an dahulu, nak berakpun kerajaan tolong buatkan tandas.
Hal ini belum lagi diterajui oleh kerajaan berkebajikan slogan terbaharu parti politik menggunakan nama Islam. Mungkin apabila kena
saman kerajaan kebajikan ini akan tolong jelaskan. Dan apabila mencuri kerajaan berkebajikan
akan tolong maafkan. Dosanya akan diampunkan. Sebabnya menyokong parti menggunakan Islam dijamin masuk syurga!.
Jumaat, 8 Mac 2013
Majalah-majalah DBP Dalam Kenangan
Saya juga pernah menulis di akhbar dan di majalah. Kalau tidak
silap, satu hasil tulisan saya pernah disiarkan dalam ruangan Komentar, Pelita Bahasa
pada April 2002 (klik di sini). Sungguh gembira hati saya apabila mendapat bayaran seratus ringgit untuk satu
muka surat hasil tulisan itu. Saya bersemangat untuk menulis lagi.
Tetapi setelah dua tiga kali menulis, tulisan saya masih tidak disiarkan, lalu saya berhenti
menulis. Saya sedar bahawa saya perlu terus menulis untuk memantapkan gaya penulisan. Walau bagaimanapun, saya mendapat pengalaman bagaimana untuk menghasilkan satu artikel yang berkesan dan berkualiti.
Selain Pelita Bahasa, tidak lupa juga majalah Dewan Masyarakat yang selalu saya baca untuk meneroka
idea-idea bernas dari penulis-penulis yang berkaliber ketika itu , antaranya M. Noor Azam dan
Johan Jaafar (sekarang Dato’). Majalah ini juga saya anggap sebuah
majalah yang mendewasakan saya. Saya mula kenal majalah ini ketika saya di
darjah enam hingga ke sekolah menengah. Di rumah saya majalah tersebut memang tersedia kerana dibaca oleh
abang-abang saya ketika itu. Oleh sebab di rumah saya berkongsi meja untuk belajar, jadi
sempatlah membelek mana-mana majalah atau buku yang ada. Masa itu
saya tidak tahu apa-apapun tentang masalah orang Melayu dan hal-hal politik. Dalam masa yang sama, buku "Malay Dilema" pun saya sempat baca beberapa bab dan faham sedikit apa mesej yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Buku itu tebal. Begitu juga majalah-majalah terbitan DBP yang lain termasuk Dewan pelajar, hanya membaca dua tiga perenggan dan tengok gambar yang ada. Masa itu saya agak saya dalam Darjah Empat. Yang paling saya
tidak lupa ialah gambar kurikatur
yang menunjukkan Dr. Mahadhir terbang macam superman
yang di bawahnya ada (kalau tak salah) Tun Razak dan menteri-menteri lain sedang
melambai tangan kepada superman
yang terbang di angkasa.
Masa itupun saya tidak tahupun siapakah Tun
Dr Mahathir sebagaimana hari ini.
Sebenarnya, pengalaman membaca majalah amat membantu
saya meningkatkan pencapaian akademik dan memotivasikan saya untuk menimba ilmu hingga ke tahap sekarang .
Hakikatnya, bahasa Melayu kini menghadapi banyak
cabaran. Sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, bahasa Melayu mengalami proses transformasi yang pesat .
Pada peringkat ini terasa bahawa peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat
besar dalam mengembang dan mendaulatkan bahasa Melayu. Malangnya, dari pengalaman
saya mengajar di sekolah, masih banyak pelajar tidak tahu akan peranan serta usaha yang dilaksanakan oleh DBP. Misalnya,
jika mereka tidak tahu ejaan yang betul pun, mereka tidak menyemak atau merujuk
kepada buku-buku atau majalah terbitan DBP, apatah lagi Kamus Dewan.
Sepatutnya semua pelajar peringkat sekolah rendah atau menengah diwajibkan menggunakan majalah-majalah terbitan DBP seperti Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Pelajar, Dewan Siswa dan lain-lain sebagai teks tambahan bagi memantapkan penguasaan bahasa Melayu sesuai dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris!.

Sabtu, 16 Februari 2013
Siapa Perompak Wang Rakyat ?
Ketika pulang dari Kuala
Lumpur, saya berhenti bersembahyang Maghrib
di sebuah masjid di Cerating, Kuantan. Secara tidak sengaja, saya didatangi oleh seorang tua sekiatar 60-an. Dia nampak sedang bersungut sesuatu ketika keluar
dari masjid. Masa itu saya baru selesai solat
dan duduk di tangga bersama rakan-rakan lain sementara menunggu isteri
selesai . Ketika berjalan mendapatkan
seliparnya yang terletak hampir dengan tempat
saya duduk itu, dia bertanya,
Saya termangu-mangu seketika
kerana diajukan soalan oleh orang yang saya tak kenal tetapi tetap tersenyum sekadar
menghormati. Saya hanya sempat menggeleng kepala .
“Siapa yang ajar semua ini?” tanyanya lagi memperlihatkan sesuatu yang mengecewakan.
Saya diam. Tunggu jawapan.
‘Itulah Najib, perompak
wang rakyat terbesar.” katanya sambil berlalu dari situ. Kata-katanya berakhir di situ dan berlalu pergi.
Ketika memandu pulang ke
Kemaman, saya teringat akan kata-kata lelaki itu.
Kata-katanya membuatkan saya berfikir sendiri serta tertanya-tanya mengapa dia menuduh demikian.
Saya cuba mengingati
kembali senario itu semula kerana sebelum lelaki itu menghampiri
saya sambil bersungut kerana katanya di
masjid itu kerap berlaku kecurian. Ada saja wang dalam tabung masjid
hilang. Mungkin atas sebab itu ketika melihat saya dia melepaskan geramnya dengan
bertanyakan soalan itu.
Persoalan yang timbul di sini ialah, mengapa dia mengaitkan
kecurian dengan Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri?. Setelah merenung beberapa ketika, saya dapat membuat
tanggapan bahawa inilah gara-gara daripada fahaman politik menghasut yang telah meresap masuk dalam
pemikiran orang ramai. Tidak sangka juga saya perbuatan menuduh orang atau
menghina orang sempat juga dilakukan selepas
atau baharu sahaja selesai sembahyang. Islam tidak mengajar umatnya
bersangka buruk dengan orang apatah lagi sesama Islam.
Yang jelas dari apa yang saya
alami itu memperlihatkan bahawa budaya
memburuk-burukkan pemimpin dari kalangan orang
Melayu khasnya adalah datang dari dakyah
pemimpin-pemimpin politik Melayu sendiri. Betapa malang sekali, apabila
budaya berpolitik tuduh menuduh, memfitnah, benci membenci, dimanipulasi dan dipersepsikan dalam media dan ceramah politik hampir setiap hari sehingga terbawa-bawa dalam
masjid yang mulia itu. Pemikiran masyarakat telah dikelirukan. Pengikut yang naïf dan taksub selalunya mendengar apa sahaja kata
pemimpin mereka tanpa memikirkan fakta sama ada benar atau fitnah. Natijahnya masyarakat jadi
pecah belah.
Jika benar tidak suka kepada
Najib sekalipun, mengapa kaitkan dengan kecurian?. Bahkan jika berlaku di Kelantan sekalipun, negeri diperintah oleh PAS, kita tidak salahkan Dato' Nik Aziz. Apa kena mengena kecurian di masjid dengan
Nik Aziz atau Najib?. Mereka semua pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Jadi, di sinilah
bagi saya, nampak betapa buruknya sikap dan perangai ‘orang kita ‘ apabila berpolitik. Mereka tidak
berfikir secara rasional walaupun bukan semua begitu. Pokoknya pemikiran sedemikian adalah kesan daripada propaganda politik. Najib dikatakan perompak wang rakyat, kerajaan rasuah dan sebagainya. Kalau benar Najib perompak, dia tidak akan berada dalam negara ini. Lebih baik lari, mungkin dia boleh selamat. Itu baru betul-betul perompak, penyamun, pencuri dan yang 'sewaktu dengannya'. Kita perlu berfikir secara rasional. Kita ada mahkamah, bawa sahaja kes ke mahkamah. Kita ada SPRM, buat laporan. Badan yang ditubuhkan oleh kerajaan ini boleh memainkan peranan mereka mengikut akta yang ada. Buktinya, sudah banyak ahli politik kena saman dan didakwa kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Akhir kata, sebagai rakyat
Malaysia yang tahu baik buruk dan natijah dari perangai individu yang menjadi
punca pecah belah, kita perlu berfikiran positif
dan mengelakkan diri dari terpengaruh dari dakyah sedemikian, yang akhirnya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada masyarakat. Jika beria-ia sangat hendak berpolitik, carilah tempat atau platform yang sesuai dan berpolitiklah secara sihat dan berhemah.
Ahad, 10 Februari 2013
Bahasa Klasik dalam Bahasa Melayu yang Kacau
Arakian, setelah sekian banyak orang mengutuk akan dia, banyaklah tulisan-tulisan dalam media yang memperkatakannya. Tidak kuranglah dari mereka yang tahu bahasa sedikit-sedikit mahupun mereka yang tidak reti akan bahasanya. Maka di Terengganu itu, yang tidak beradap dan buruk peranaginya lebih masyhur dengan panggilan 'tak reti basa'.
Dikatakan orang amatlah hairan bin ajaib tentang orang yang bercakap bahasa Melayu itu kerana sudah 55 tahun merdeka tidaklah fasih akan bahasa itu. Ada yang mengata sangat penatlah cikgu yang mengajar akan bahasa itu tetapi tiada juga yang tahu gunanya, waima sebutan mahupun ejaannya. Yang bangsa Melayupun ada yang tidak reti bahasanya. Jika ia bukan Melayu bertambah teruklah jadinya, hampir gila babi.
Jika mahu akan buktinya, maka ada banyaklah . Yang dikatakan darah maka disebutnya 'dara'. Yang dikatakan menampal poster maka disebutnya 'menampar poster'. Yang datangnya dari bahasa Inggeris amatlah banyak juga dan bercampurlah macam rojak ayam. Sos cili disebut dan ditulis 'cili sos', stadium mini disebutnya 'mini stadium', begitulah lebih kurang misalnya. Sampai bilakah masalah bahasa rojak akan selesai.
Khamis, 7 Februari 2013
Kemiskinan dan Kekayaan Hak Milik Siapa?
Salah seorang rakan Facebook saya memuatkan grafik dengan memetik kata-kata Bill Gates, jutawan terkenal Amerika Syarikat:
it's not your mistake,
but if you died poor,
it's your mistake".
Ungkapan ini begitu menarik bagi saya berbanding ungkapan lain dalam FB yang mengetengahkan politik keterlaluan, ungkapan kasih sayang meluat dan gambar makanan yang baru disumbat ke perut. Bagi saya, kata-kata daripada seorang yang luar biasa ini dan pengasas perisian "Microsoft" dengan kekayaan yang dimiliki sekarang pastinya mempunyai makna yang mendalam. Jika dikaitkan dengan kemelut pemikiran segelintir orang Melayu hari ini memang ada isu yang boleh diketengahkan. Adakah kita dapat berubah untuk memgharungi kehidupan yang lebih sempurna atau sebaliknya. Adakah orang Melayu perlu sentiasa diberi 'tongkat' untuk bersaing dalam dunia globalisasi atau sebaliknya.
Saya lebih berminat untuk memperkatakan aspek ini dalam dunia sosiologi berbanding dunia politik. Sebab, jika dibahaskan berdasarkan politik , di mana-mana negara pun masalah kemiskinan tetap ada. Dalam negara komunis sekalipun kemiskinan masih wujud kerana ahli sosiologi berpendapat bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang amat subjektif. Hal ini berlaku kerana proses modenisasi bergerak seiring dengan perkembangan globalisasi. Sesiapa yang tidak sanggup berhadapatan dengan gelombang pembangunan akan ketinggalan. Oleh itu, mahu tidak mahu hakikat ini terpaksa kita terima.
Sejarah Bill Gates bermula daripada seorang pelajar yang hampir menghadapi masalah pembelajaran. Dia juga hampir gagal dalam ujian Matematiknya tetapi akhirnya cemerlang dalam Matematik. Dia berjaya membuktikan keupayaannya dengan melakukan sesuatu yang baharu dan dapat memberi keuntungan dalam hidupnya. Justru, kejayaan hidupnya bukan setakat galakkan dari kedua-dua ibu bapanya tetapi kerana dia mempunyai idea kritif dan inovatif. Ramai mengakui bahawa kejayaannya adalah hasil daripada kesungguhannya menjayakan sesuatu kerja yang tidak terfikir oleh orang lain yang akhirnya menjadi kenyataan. Sesungguhnya, aspek 'interinsics motivation" amat penting dalam proses perubahan tingkah laku seseorang.
Pada peringkat permulaan, dia sering menghadapi masalah sama seperti usahawan yang lain tetapi dia yakin dengan usahanya. Sebagai anak muda yang sentiasa berfikiran positif , dia tidak mudah mengaku kalah. Dia terus mencuba dan mencuba. Kesungguhnannya menceburkan diri dalam bidang perisian komputer ketika itu mungkin tidak terfikir oleh orang sekelilingnya sehinggalah orang menyedari bahawa ideanya yang dikongsi bersama rakannya telah memberi manafaat kepada manusia di seluruh dunia.
Konklusinya, setiap orang ada potensi yang tersendiri untuk menempah kejayaan. Pakar-pakar dari teori pembelajaran juga bersetuju bahawa kejayaan bukan bermula dari proses kognitf semata-mata, tetapi kejayaan juga adalah dari persekitaran atau proses sosialisasi yang dialaminya. Kata pepatah, kalau benih yang baik, jika jatuh ke lautan akan menjadi pulau. Sebenarnya, kesungguhan yang ditunjukkan oleh tokoh ini boleh memberi pengajaran kepada kita bagaimana untuk 'survive' dan mencapai kejayaan lebih cemerlang. Kadang-kadang terlintas juga difikiran saya persoalan bahawa adakah kita dilahirkan untuk menjadi kaya serta memberi kebahagiaan kepada orang lain atau dilahirkan untuk masuk syurga semata-mata ?.

Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)