Salah seorang rakan Facebook saya memuatkan grafik dengan memetik kata-kata Bill Gates, jutawan terkenal Amerika Syarikat:
it's not your mistake,
but if you died poor,
it's your mistake".
Ungkapan ini begitu menarik bagi saya berbanding ungkapan lain dalam FB yang mengetengahkan politik keterlaluan, ungkapan kasih sayang meluat dan gambar makanan yang baru disumbat ke perut. Bagi saya, kata-kata daripada seorang yang luar biasa ini dan pengasas perisian "Microsoft" dengan kekayaan yang dimiliki sekarang pastinya mempunyai makna yang mendalam. Jika dikaitkan dengan kemelut pemikiran segelintir orang Melayu hari ini memang ada isu yang boleh diketengahkan. Adakah kita dapat berubah untuk memgharungi kehidupan yang lebih sempurna atau sebaliknya. Adakah orang Melayu perlu sentiasa diberi 'tongkat' untuk bersaing dalam dunia globalisasi atau sebaliknya.
Saya lebih berminat untuk memperkatakan aspek ini dalam dunia sosiologi berbanding dunia politik. Sebab, jika dibahaskan berdasarkan politik , di mana-mana negara pun masalah kemiskinan tetap ada. Dalam negara komunis sekalipun kemiskinan masih wujud kerana ahli sosiologi berpendapat bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang amat subjektif. Hal ini berlaku kerana proses modenisasi bergerak seiring dengan perkembangan globalisasi. Sesiapa yang tidak sanggup berhadapatan dengan gelombang pembangunan akan ketinggalan. Oleh itu, mahu tidak mahu hakikat ini terpaksa kita terima.
Sejarah Bill Gates bermula daripada seorang pelajar yang hampir menghadapi masalah pembelajaran. Dia juga hampir gagal dalam ujian Matematiknya tetapi akhirnya cemerlang dalam Matematik. Dia berjaya membuktikan keupayaannya dengan melakukan sesuatu yang baharu dan dapat memberi keuntungan dalam hidupnya. Justru, kejayaan hidupnya bukan setakat galakkan dari kedua-dua ibu bapanya tetapi kerana dia mempunyai idea kritif dan inovatif. Ramai mengakui bahawa kejayaannya adalah hasil daripada kesungguhannya menjayakan sesuatu kerja yang tidak terfikir oleh orang lain yang akhirnya menjadi kenyataan. Sesungguhnya, aspek 'interinsics motivation" amat penting dalam proses perubahan tingkah laku seseorang.
Pada peringkat permulaan, dia sering menghadapi masalah sama seperti usahawan yang lain tetapi dia yakin dengan usahanya. Sebagai anak muda yang sentiasa berfikiran positif , dia tidak mudah mengaku kalah. Dia terus mencuba dan mencuba. Kesungguhnannya menceburkan diri dalam bidang perisian komputer ketika itu mungkin tidak terfikir oleh orang sekelilingnya sehinggalah orang menyedari bahawa ideanya yang dikongsi bersama rakannya telah memberi manafaat kepada manusia di seluruh dunia.
Konklusinya, setiap orang ada potensi yang tersendiri untuk menempah kejayaan. Pakar-pakar dari teori pembelajaran juga bersetuju bahawa kejayaan bukan bermula dari proses kognitf semata-mata, tetapi kejayaan juga adalah dari persekitaran atau proses sosialisasi yang dialaminya. Kata pepatah, kalau benih yang baik, jika jatuh ke lautan akan menjadi pulau. Sebenarnya, kesungguhan yang ditunjukkan oleh tokoh ini boleh memberi pengajaran kepada kita bagaimana untuk 'survive' dan mencapai kejayaan lebih cemerlang. Kadang-kadang terlintas juga difikiran saya persoalan bahawa adakah kita dilahirkan untuk menjadi kaya serta memberi kebahagiaan kepada orang lain atau dilahirkan untuk masuk syurga semata-mata ?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan