Penguasaan aspek tatabahasa dalam kertas 1 PMR dalam kalangan pelajar masih lemah. Jika diteliti satu persatu dalam kertas jawapan objektif pelajar, jelas menunjukkan mereka masih lemah dalam aspek memilih ayat-ayat yang betul atau dalam konteks yang lain, ayat-ayat yang gramatis serta betul struktur bahasanya.
Dengan mengambil contoh soalan nombor 25, kertas Peperiksaan Percubaan (Sumatif 3) Bahasa Melayu PMR baru-baru ini jelas menguji kemahiran pelajar dalam aspek ini. Pelajar dikehendaki memilih ayat-ayat yang betul daripada empat pilihan jawapan yang diberikan.
Ayat I: Surat khabar Berita Harian itu belum dibaca oleh saya kerana terlalu sibuk.
Banyak pelajar menganggap ayat ini betul. Pelajar perlu menilai satu persatu perkataan atau fasa yang ada dalam ayat tersebut. Jika dibaca sepintas lalu seolah-olah tiada kesalahan. Jika pelajar memahami hukum tatabahasa yang membabitkan ayat pasif yang ada kata ganti nama diri perlu berhati-hati.
Frasa "dibaca oleh saya" merupakah bentuk ayat-ayat yang selalu ditulis sama seperti semasa mempelajari ayat aktif dan ayat pasif. Teliti contoh berikut ;
Ali menendang bola itu (Ayat aktif), ditukarkan menjadi:
Bola itu ditentang oleh Ali. (Ayat pasif).
Namun begitu perubahan subjek yang membabitkan kata nama diri tidak sama:
1. Bola itu ditendang oleh saya,
2. Bola itu ditendang oleh kami
3. Bola itu ditendang oleh awak
4. Bola itu ditendang oleh kamu
5. Bola itu ditendang oleh mereka
6. Bola itu ditendang oleh pemain bola yang handal.
Berdasarkan enam ayat di atas, yang manakan ayat yang mengandungi kata ganti diri pertama, kedua atau ketiga?. Dalam masa yang sama pelajar juga perlu memahami jenis-jenis kata nama diri seperti saya aku, kamu dan sebagainya.
Jika terdapat kata nama diri pertama atau kedua dalam ayat pasif, perkataan tersebut perlu ditulis sebelum kata kerja. Dalam ayat ini kata kerja itu ialah 'ditendang'. Oleh itu ayat 1,2,3, dan 4 adalah salah, sepatutnya ditulis,
Bola itu saya tendang.
Jika tidak melibatkan kata ganti diri pertama atau kedua bentuk ayat itu tidak perlu diubah sebagaimana ayat 5 dan 6. Dalam ayat 5, mereka ialah kata ganti diri ketiga (betul).
Ada pelajar bertanya bagaimana kalau "ditendang" itu ditukarkan kepada tertendang, menjadi:
7. Bola itu tertendang oleh saya.
Ayat ini sudah menjadi ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif dengan penerang, iaitu kata kerja tak transitif berawalan "ter" . Hal ini bermakna perkataan tertendang boleh digunakan dengan kata ganti nama diri pertama (saya) berada selepas kata kerja.
Bola itu tertendang oleh saya (betul) dan samalah dengan ayat yang diuji dalam ayat kedua soalan tersebut:
Ayat II. Dengan semangat yang kental, kerja yang berat itu terbuat oleh kami (betul).
Ayat III. Kasut yang kotor itu telah Siti basuh kerana dia hendak memakainya ke sekolah. (Salah)
Hal ini kerana berdasarkan huraian di atas sepatutnya "telah dibasuh oleh Siti"). Akhir sekali;
Ayat IV. Latihan matematik ini mesti kamu siapkan dan hantarkan kepada saya sekarang. (Betul, berdasarkan konsep yang sama seperti huraian di atas). Frasa 'hantarkan kepada saya' juga adalah betul kerana penggunaan kata sendi nama 'kepada' adalah tepat. Jangan keliru.
Oleh itu pilihan jawapan yang betul ialah ayat II dan ayat IV sahaja.
Demikian serba sedikit yang dapat saya jelaskan kepada pelajar. Berhati-hatilah kerana soalan seperti ini sering memerangkap para pelajar. Selamat belajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan