- antarabangsa
- bumiputera
- jawatankuasa
- kakitangan
- kerjasama
- warganegara
- olahraga
- pesuruhjaya
- setiausaha
- sukarela
- suruhanjaya
- tandatangan
- tanggungjawab
- matahari.
Namun demikian, perkataan -perkataan lain antaranya yang ditulis terpisah perlu juga diambil perhatian walaupun kadang-kadang menjadi keliru. Contohnya:
- pasar raya bukan pasaraya atau pasarraya
- jalan raya bukan jalanraya (termasuklah hari raya, pilihan raya, hantu raya dan pelbagai raya lagi )
- kuat kuasa bukan kuatkuasa, penguatkuasa
- muat turun, muat naik bukan muatturun, muaturun, muatnaik.
- ambil alih bukan ambilalih
- alat tulis bukan alatulis.
- tengah hari bukan tengahari, tetapi dinihari ditulis sebagai satu perkataan, sama dengan matahari (sudah mantap).
Misalnya,
- kuat kuasa menjadi dikuatkuasakan, penguat kuasa, penguatkuasaan, dikuat kuasa
- muat turun menjadi dimuat turun, memuat turun
- ambil alih menjadi diambil alih, mengambil alin, pengambilalihan.
- anak tiri menjadi dianaktirikan.
- rumah tangga menjadi berumah tangga.
- ibu bapa menjadi beribu bapa, keibubapaan
Perlu juga dingatkan bahawa terdapat pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menggunakan ejaan yang betul pada kenderaan penguat kuasa masing-masing seperti:
PENGUATKUASA
Majlis Perbandaran Kemaman
Kadang-kadang ada perkataan ditulis rapat oleh pihak-pihak tertentu apabila dijadikan sebagai jenama atau nama khas, misalnya Pasaraya Maju, Dewan Bandaraya, Putrajaya, Universiti Putra Malaysia, mengikut sebagaimana ditetapkan atau didaftarkan.
Banyak lagi perkataan lain yang boleh disenaraikan di sini. Namun, melalui contoh-contoh ini diharap dapat dijadikan asas bagaimana mengeja perkataan-perkataan tertentu yang membabitkan kata ganda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan