Tahun 2013 telah disytiharkan sebagai Tahun Melawat Terengganu.
Pihak media giat memainkan
peranan menguar-uarkan program kerajaan negeri ini. Slogan Tahun Melawat
Terengganu atau negeri – negeri lain di Malaysia
kita sering dengar atau baca sama ada dalam televisyen, radio atau akhbar,
samalah seperti slogan Tahun Melawat Malaysia sebelum ini.
Bagi kita slogan ini
tentulah merujuk kepada kempen bagi mempromosi sektor pelancongan. Slogan atau
ungkapan ini juga menjadi lumrah sebagai daya penarik. Namun dalam aspek bahasa, slogan ini
membawa impak dari segi morfologinya . Ahli-ahli bahasa ada yang memberi pandangan
yang berbeza tentang ungkapan ini. Mereka berpendapat bahawa penggunaan
perkataan ‘melawat’ tidak tepat sebaliknya perkataan ‘melawati’ lebih tepat
mengikut struktur ayatnya. Cuba kita sama-sama teliti huraian seterusnya.
Perkataan ‘melawat’ ialah kata kerja tak transitif kerana tidak memerlukan kata nama sebagai subjek. Hal ini kerana ‘melawat’ boleh berdiri sendiri tanpa objek tetapi perlu kata sendi nama untuk dihubungkan dengan kata nama ‘Terengganu’. Dalam ayat yang lain, kita dapat membentuk ayat seperti , Perdana Menteri melawat ke kampung itu. Bentuk kata kerja yang lain juga memerlukan kata sendi sebagaimana ayat berikut:
1. Samad memandang ke arah sawah yang terbentang itu.
Perkataan ‘melawat’ ialah kata kerja tak transitif kerana tidak memerlukan kata nama sebagai subjek. Hal ini kerana ‘melawat’ boleh berdiri sendiri tanpa objek tetapi perlu kata sendi nama untuk dihubungkan dengan kata nama ‘Terengganu’. Dalam ayat yang lain, kita dapat membentuk ayat seperti , Perdana Menteri melawat ke kampung itu. Bentuk kata kerja yang lain juga memerlukan kata sendi sebagaimana ayat berikut:
1. Samad memandang ke arah sawah yang terbentang itu.
2. Adik berjumpa dengan doktor
3. Pada hari raya abang pulang ke kampung .
Perkataan memandang, berjumpa dan pulang ialah kata kerja
tak transitif yang berawalan me, ber,tanpa imbuhan atau kata akar dan lain-lain) diikuti dengan frasa sendi nama sebagai pelengkap. Jika kata
sendi digugurkan ternyata ungkapan tersebut adalah salah serta tidak gramatis. Teliti contoh di bawah:
1a. Samad memandang arah sawah yang terbentang itu.
2b. Adik berjumpa doktor
3c. Pada hari raya abang pulang kampung.
Ayat 1,2,3 di atas juga dikenali sebagai ayat pasif bentuk
terikat iaitu kata sendi yang perlu hadir selepas kata kerja tak transitif.
Jika kata sendi digugurkan seperti ayat 1a, 2b, dan 3c bermakna ayat itu salah.
Dalam konteks yang lain pula, perkataan melawati (kata kerja transitif) jika digunakan perlu diikuti dengan
objek yang terdiri daripada kata nama iaitu Terengganu (objek tepat). Hal ini
dapat diperjelas dalam ayat-ayat berikut;
4. Emak menghadiahi adik sebentuk cincin . ( adik ialah objek tepat).
5. Hujan membasahkan tanah yang kering kontang itu. (tanah ialah objek tepat)
6. Rumah itu dimasuki pencuri. (pencuri ialah objek tepat).
Bagi mempastikan sama ada perkataan tersebut ialah kata kerja transitif atau tidak, ayat itu boleh ditukar dalam bentuk ayat pasif atau sebaliknya
4 a. Adik dihadiahi sebentuk cincin oleh emak, (ayat pasif) atau Emak menghadiahkan sebentuk cincin kepada adik (ayat aktif)
5b. Tanah yang kering kontang itu dibasahi hujan . (Ayat pasif).
6 c. Pencuri memasuki rumah itu. ( Ayat aktif).
Berdasarkan contoh-contoh yang dinyatakan, jelaslah ungkapan
Tahun Melawat Terengganu sepatutnya ditulis sama ada , Tahun Melawat ke Terengganu , atau Tahun Melawati Terengganu.
Oleh itu, pihak berkuasa
tempatan atau kerajaan- kerajaan negeri perlu peka akan penggunaan bahasa Melayu yang betul semasa memilih slogan atau nama sesuatu perisriwa.. Kekeliruan
akan timbul jika digunakan oleh pelajar dalam penulisan.
Pelajar biasanya akan
terikut-ikut dari apa yang dilihat atau didengar kerana mereka belajar bahasa biasanya
melalui kebiasaan bukan belajar bahasa melalui penguasan ilmu seperti
morfologi, sintaksis, semantic dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, jika masalah ini berterusan pasti akan merumitkan lagi
penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh
ada pelajar-pelajar menulis, “Bapa memperolehi pendapatan lumayan
(sepatutnya memperoleh), Ayah membeli kereta baru (sepatutnya baharu), Rumah
itu diperbesarkan (sepatutnya diperbesar atau dibesarkan). Perkataan-perkataan
ini adalah sebahagian daripada contoh perkataan yang selalu digunakan dalam
konteks yang salah. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perasaan cinta akan bahasa kita, maka marilah sama-sama membantu
memperkasa bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan