Waktu itu
musim hujan. Cuaca di luar rumah agak gelap, macam hari ini. Rumah kayu yang sederhana besarnya muat untuk
menampung kehidupan kami sembilan orang.
Walaupun sudah hampir empat puluh tahun, gambarannya dalam kepala aku masih
jelas, walaupun dalam bentuk hitam putih.
Pagi itu, ayah
duduk di depan pintu dapur sambil berselimut dengan kain pelikatnya.
Sekali-sekali dia berzanji diiringi titisan hujan yang menitis dari celah-celah
atap nipah. Hari itu dia tak pergi menoreh. Orang kampung yang lain pun tak turun ke laut. Ombak
bergelora , buat apa bersungguh sangat ke laut, berbahaya.
Emak duduk
bersandar di dapur yang dibuat dari kayu itu. Apinya kadang-kadang menyala, kadang-kadang berasap. Dapurnya memang besar, lebih
besar dari dapur gas hari ini. Dapur kayu inipun ada dua fungsi. Selain boleh
memanaskan badan dari kesejukan, dapur ini juga ialah tempat memasak untuk
membesarkan kami sekeluarga. Dapur ini bagiku begitu canggih waktu itu.
Kayu api terus menyala dan berasap sekali sekala hingga air dalam cerek besinya menggelegak. Sambil memegang kole, dia berbual-bual dengan ayah.
Kayu api terus menyala dan berasap sekali sekala hingga air dalam cerek besinya menggelegak. Sambil memegang kole, dia berbual-bual dengan ayah.
“Kita nak
masak apa hari ni weh..”
“Makanlah
apa yang ada, ubi kayu belakang rumah tu ada. Cabutlah.” jawab ayah.
"Hujan macam ini, nak makan apa lagi. Kita masaklah apa-apa yang ada." tambah emak
"Hujan macam ini, nak makan apa lagi. Kita masaklah apa-apa yang ada." tambah emak
Masa tu aku
agak berumur 5 tahun. Sekali –sekala aku pergi ke tempayan . Aku tegok air dalam tempayan itu dengan gayung (penyeduk) yang
diperbuat dari tempurung . Lega sikit tekak menaham dahaga sebelum air teh
cap lori disiapkan. Selepas itu aku disajikan dengan ubi kayu rebus digaul nyior (kelapa). Terasa lega sedikit rasa perut. Itulah menu istimewa pagi itu.
Hujan di luar
mencurah-curah tak berkesudahan. Aku nampak beberapa biji besen dan baldi di atas lantai. Itulah sahaja cara untuk
menahan air yang menitis dari atap supaya lantai tidak basah sangat. Kadang-kadang
aku rasa air teh dalam gelas yang aku
minum bertambah banyak. Maklumlah lantai tempat aku duduk dekat dengan besin
yang ditadah. Aku rasa Tuhan amat menyayangi aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan