Visitor

Jumaat, 21 Disember 2012

Siapa ulama sebenar

Setiap kali timbul masalah agama, semua orang akan memberi tumpuan kepada orang yang pakar dalam bidang agama. Kalau orang biasa-biasa sahaja dalam agama, kita panggil 'ustaz' sahaja. Kalau yang banyak ilmunya dalam agama, apatah lagi ada nama, ada 'brand' maka kita panggillah dia ulama. Tapi orang-orang ini apabila dirujuk kepada mereka dengan pertanyaan, "Anta ulama kah?". Mereka tidak mengaku ulama. Maknanya mereka sengaja merendah diri. Memang betullah Allah pun menyuruh hambanya tidak meninggi diri, nanti riak dan takabbur!. Tak apalah kita boleh terima.
Dalam senario sekarang, ulama terbahagi kepada dua. Ada ulama politik dan ada ulama bukan politik. Ulama yang memberikan pandangannya secara jujur tanpa mengaitkan dengan politik bolehlah dianggap ulama yang sebenar-benar ulama. Maksudnya, ulama yang  tidak bercakap atas pentas atau atas jenama politik, waima politik dari parti pemerintah atau parti politik dari pembangkang sekalipun. Jadi apa masalahnya?.  Masalahnya sekarang ada ulama yang main politik dengan menjadikan agama sebagai senjata dan modal mereka untuk mempengaruhi orang lain. Bagi yang tidak mengikut tafsiran mereka, maka orang itu Islamnya tidak baik, tidak islamik, tidak ikut sunnah dan sebagainya. Pendek kata islamnya tidak berapa betul. Lebih dahsyat lagi pandangannya menjadikan masyarakat berpelah belah, berpuak-puak kerana sentimen politik semata-mata.
        Persoalannya, adakah Islam itu dinilai dari lahiriah semata-mata?. Kalau bertudung islamlah dia, kalau berkopiah, berjubah, berserban atau berkain pelikat ke sana kemari, itulah Islam. Orang lelaki kalau tidak berjubah hanya berkemeja dan berseluar sahaja, tidak cukup islamnya. Benarkah begitu ?.
(bersambung)

Tiada ulasan: