Satu lagi jenis ulama ialah ulama politik. Ulama jenis ini sememangnya arif dalam agama berdasarkan tahap akademiknya serta ketokohannya. Tetapi, dia dan pengikutnya sedar bahawa politik adalah ciptaan manusia manakala agama adalah ciptaan Tuhan. Apabila ulama (agama) masuk politik, maka jadilah dia ulama politik. Maknanya ulama yang menggunakan agama untuk politik. Oleh yang demikian, segala hujahnya bukan sahaja bersandarkan hukum agama bahkan bersandarkan kepentingan politik. kata orang 'gergaji dua mata' !. Ada pandangan mengatakan jika pemimpin menggunakan agama untuk politik kedudukannya amat berbahaya kerana mempertaruhkan agama untuk survive berpolitik.
Apabila ada ulama yang memberi pandangan yang memihak kepada kerajaan, maka dikatakan itu ulama upahan, ulama setan bisu. Apabila ulama ini mengiakan apa-apa sahaja pandangan ulama politik, maka ulama ini dipuji kerana dia adalah ulama sebenar, memperjuangkan Islam.
Hari ini sudah terang lagi bersuluh bahawa ulama yang main politik dengan agama sudah jadi kacau dan bercelaru. Bukan sahaja pandangannya sudah bercelaru bahkan pengikutnya juga mengalami kecelaruan yang teruk. Mungkin hampir sama dengan penyakit H1NI1. Pendek kata, kalau pandangan pemimpinnya sudah sesat, dia pun jadi sesat bahkan dia tidak mengaku dan sedar yang dia sebenarnya telah disesatkan oleh pemimpinnya.
Pada zahirnya pemimpin mereka tidak sesat kerana berserban tebal dan berketayap dan berjubah, tetapi pandanganya tersasar dari perjuangannya yang asal. Penampilannya macam ikan celup tepung, Apabila pemimpinnya dihentam bertubi-tubi kerana kesesatannya, pengikutnya pula mempertahankan pandangan pemimpinnya bermati-matian. Sebenarnya, Allah amat kaya dan Maha Mengetahui, setelah pemimpinnya dihentam bertubi-tubi sehinggga lembek, pengikutnya tadi terpinnga-pinga iaitu sempadan antara celaru dengan sasau. Akhirnya pemimpin pujaan mereka kembali ke pangkal jalan. Mereka pun kembali juga akhirnya. Mereka mengaku bahawa hujah mereka selama ini adalah salah. Jadi, nampak sangat betapa taksubnya seseorang yang memuja pemimpin yang kononnya berjihad kerana Islam, tetapi kosong belaka.
Ringkas cerita, soal untuk mempertahankan satu kalimah "Allah " sahaja sudah bercelaru, bukan kerana perjuangkan Islam yang sangat luas itu tetapi kerana perjuangkan politik. Tidakkah pemimpin yang sama ini juga berkata bahawa kita tidak boleh memisahkan politik dengan agama, jika seseorang itu memisahkan politik dengan agama maka dia jadi kafir. Semua orang jadi takut. Sekarang siapakah yang kafir?, Barangkali sebagai jalan terakhir untuk selamatkan diri ialah membetulkan hujahnya semula bahawa politik suku, agama suku, baru betul. Alangkah hinanya ulama jenis ini jika masih ada di dunia ini .