Visitor

Jumaat, 4 Januari 2013

Sajak Mencerminkan Manifestasi Manusia

Sajak merupakan salah satu medium untuk menyampaikan sesuatu mesej. Sajak walaupun mengandungi ungkapan  atau diksi yang ringkas tetapi di dalamnya mengandungi maksud yang tersirat. Pemilihan kata, rima, aliterasi dan asonansi yang tepat serta sesuai menambahkan lagi minat pendengar untuk mengetahui mesej di sebalik bait-bait yang puitis. Tambahan pula, gaya penyampaian bersama intonasi yang jelas juga dapat mempengaruhi pendengar.       

          Justru, melalui nada yang sesuai   dengan mesej  yang hendak disampaikan, maksud yang tersirat akan mudah difahami. Nada melankolik yang dideklamasikan oleh penyair Zurinah Hassan ini menzahirkan perasaannya tentang keadaan masyarakat pada hari ini yang semakin bercelaru, kacau dan sengketa. Kebimbingannya timbul angkara tindak tanduk manusia sendiri.

         Akhirnya penyair mengajak kita supaya sedar akan malapetaka yang bakal berlaku dan sama-sama berfikir 'di luar kotak' demi kemajuan bangsa dan negaranya.

Tiada ulasan: